Kuala Lumpur, 10 Jun 2025 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan hadir menyempurnakan
Program Ibadah Korban Masjid Bukit Aman bagi tahun 2025M/1446H yang berlangsung selama dua hari di Masjid Bukit Aman, di sini pagi tadi.
Majlis anjuran Masjid Bukit Aman itu telah dimulakan dengan simbolik ibadah korban Dato' Seri Sahabudin menyerahkan pisau sembelihan kepada Ustaz Abdul Rahman Morsalin selaku ketua penyembelih.
Dalam majlis sama, sebanyak sembilan ekor lembu dan lima ekor kambing telah dikorbankan sepanjang dua hari program berlangsung hasil tajaan dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama erat antara Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Aman, sukarelawan dari Persatuan Penduduk Perumahan Polis Bukit Aman serta sokongan padu para jemaah masjid.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Ab Rahaman Arsad serta barisan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.