Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay telah merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) kali ke-41 di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah,
Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur (KL), di sini pagi tadi.
Dalam ucapannya, Tan Sri Ayob Khan menzahirkan penghargaan terhadap RESPA yang terus aktif memperkasakan peranan pesara polis.
Majlis turut menyaksikan penyerahan sumbangan dana berjumlah RM51,712, hasil kutipan daripada ahli-ahli RESPA kepada waris mangsa
Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) yang diwakili oleh Timbalan Komander PSP, ACP Mohd Fadhli Daud sambil disaksikan oleh Tan Sri Ayob Khan.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official