Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan akan mengadakan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 - Ketua Polis Negara (KPN) pada:
 
 
    
 Hari: Ahad (15 Jun 2025).  
     
 Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang.  
     
 Tempat: Kompleks Institut Pengajian Tasawuf, Kampung Seberang Parit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  
     
Disempurnakan oleh: KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain.  
     
 Lebih 10 buah reruai dari pelbagai agensi kerajaan mengambil bahagian, termasuk PDRM dengan tawaran diskaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan-kesalahan terpilih.   
     
 Tidak ketinggalan, persembahan menarik oleh Pancaragam Pusat PDRM, Unit 7 Pasukan Simpanan Polis dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Negeri Sembilan.   
     Jadi tunggu apa lagi? Ayuh turun memeriahkan Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 - KPN.
 
 
    Jumpa anda di sana
            #11062025