Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: NINJA VAN, PDRM PERANGI KES PENIPUAN BUNGKUSAN


Subang Jaya, 13 Jun 2025 - Kes penipuan atau “scam” bungkusan semakin membimbangkan apabila lebih 3,500 kes direkodkan di luar Lembah Klang dalam suku pertama 2025, peningkatan drastik sebanyak 85 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perkembangan ini turut mendorong Ninja Van Malaysia memperkukuh kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman sebagai usaha bersama menangani jenayah digital yang semakin kompleks.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninja Van Malaysia, Lin Zheng, berkata pihaknya tidak lagi boleh melihat isu keselamatan sebagai tanggungjawab sekunder dalam dunia logistik.
“Penipuan kini bukan lagi isu terpencil dalam masa hanya satu suku, kes luar Lembah Klang naik 85 peratus, manakala Lembah Klang sendiri merekodkan lebih 2,200 kes dengan peningkatan 64 peratus, petanda bahawa modus operandi penjenayah semakin meluas.

“Kita juga melihat trend yang semakin membesar di Sabah Sarawak, walaupun jumlah keseluruhan lebih rendah, kes meningkat daripada lebih 250 pada suku kedua 2024 kepada lebih 600 kes pada suku keempat satu peningkatan hampir 147 peratus dalam tempoh hanya dua suku,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 2 people and text that says 'Ninja Van, PDRM perangi kes penipuan bungkusan Syarikat penghantar kukuh kerjasama strategik dengan meterai MoU igning Ceremony Between Van Malaysia And aja lah kategori kedua tertinggi sclepas pelaburan wujud. Oleh Poojaseliin Subramaniam bhbiz@bh.com.my inja penipuan 2025 scam bungku- desakan segera 曲 e-dagang.' kalanya. penpu Klang Timbalan Glasatar Komer- mendidik dalam Zheng Ninja Huat Malaysia pada majlis menandatangani PDRM Subang, Ιανα, semalam. dengan peningkatan ahawa melihat jenayahs Beliau berkata, bentuk dalam melihat semakin membesar landskap bukan lagi dalam masa suku digunakan Klang sendiri merekodkan kepada pemanadan menya tempah hanya . ononuya Penipuan e-dagang kini ada- Advisory Graymatter Forensic Bhd.'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS