Kota Bharu, 15 Jun 2025 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat dekat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pagi tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan mempererat hubungan antara JIPS dan Kontinjen negeri dalam usaha memperkasa tadbir urus berintegriti, pematuhan standard serta pengamalan nilai-nilai murni dalam organisasi.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar dan barisan Ketua Jabatan IPK Kelantan.