Menu

EMPAT KONTINJEN JALANI PENGAUDITAN - EKSA KENDIRI PDRM

Kuala Lumpur, 17 Jun 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) melaksanakan pengauditan pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kendiri dengan penglibatan empat lagi kontinjen iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Pahang, Melaka dan Perlis.

Pengauditan yang bermula pada 15 Jun lalu dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Audit Induk EKSA PDRM, merupakan sebahagian daripada usaha persiapan ke arah memperoleh pensijilan EKSA Kendiri oleh Pasukan.

Terdahulu, pengauditan EKSA Kendiri telah dilaksanakan di 10 IPK bagi fasa pertama iaitu Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur (KL) dan Perak (tahun 2023). Manakala bagi fasa kedua yang dilaksanakan tahun lalu melibatkan IPK Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor. Kesemua kontinjen berjaya memperolehi pensijilian EKSA Kendiri bagi tempoh dua tahun dengan kategori Baik dan Cemerlang.

Sejak diperkenalkan pada 13 Ogos 2015, EKSA PDRM telah berjaya dilaksanakan di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan menerima pensijilan kategori Cemerlang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia seterusnya melayakkan diri untuk melakukan EKSA Kendiri bermula tahun 2023.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS