Kuala Lumpur, 19 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadap sembah Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan
Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Shahzan House, di sini, petang tadi.
Sesi mengadap sembah itu bersempena persaraan Tan Sri Razarudin selepas tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai KPN bakal tamat pada Ahad ini.
Jurugambar: Lans Koperal Khairunisa Ibrahim dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi