Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di
Maktab PDRM Kuala Lumpur (KL).
Dalam lawatan yang berlangsung sekitar sejam itu, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail telah diberi penerangan dan melihat dengan lebih dekat berkaitan proses siasatan forensik oleh PDRM dalam merungkai serta menyelesaikan kes-kes jenayah dengan menggunakan kaedah teknologi.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official