Menu

VIDEO PILIHAN: POLIS TRAFIK KL PRIHATIN BANTU BERSIHKAN LOKASI KEMALANGAN

Syabas dan setinggi penghargaan kepada Koperal Mohd Nasrul Bistaman dan Konstabel Muhammad Zuhairy Aziz dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (KL) atas keprihatinan mereka membantu membersihkan sisa kemalangan yang berlaku di persimpangan Jalan Perak/Jalan P. Ramlee, petang semalam.

Tindakan pantas mereka bersama dua lagi rakan setugas, Koperal Muhammad Qusairy Abd Wahab dan Konstabel Wilson Maranda serta orang awam bukan sahaja mencerminkan nilai murni dalam bertugas, malah turut membantu melancarkan aliran trafik di lokasi kejadian.

Sumber Tiktok: Abam_Trafficman






PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS