Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 24 Jun 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,740 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 13 kes kemalangan dan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.