Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 25 Jun 2025 (Rabu).
Sebanyak 1,779 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 21 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 39 kes kemalangan dan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.