Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS LEBIH RM172 JUTA BARANG BERSUBSIDI SELUDUP

Kota Bharu, 27 Jun 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan nilai rampasan lebih RM172 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, nilai rampasan itu meningkat lima kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak RM34 juta.

Katanya, nilai rampasan itu membabitkan keseluruhan 937 kes dengan tangkapan sebanyak 878 individu termasuk 813 lelaki.

“Kegiatan penyeludupan yang dikesan paling banyak adalah barangan bersubsidi seperti minyak masak, petrol dan diesel membabitkan 181 kes.

"Selain itu, barangan runcit, anak pokok, beras dan binatang turut dikesan paling banyak dan menjadi tumpuan penyeludup," katanya.

Datuk Nik Ros berkata, pihaknya sentiasa memperketat kawalan di sempadan bagi mengekang sebarang kegiatan penyeludupan daripada terus berlaku.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar dan pautan terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎aebG ncara NILAI RAMPASAN LEBIH RM172JUTA Seludup barang subsidi paling tinggi Oleh Nor Fazlina Abdul termasuk skclaki, tahun Lalu dan tahun ini Rahim am@hmesro.com.my Kota Bharu barangan pihak- anak beras 場 nun lum- puan Kapan iebanyak Indi- rampasan tahun tahun inimenyaksi peningkatan ketara kukan 교g교가 asSC cmp במי ',וח tanya.‎'‎‎


 
 
 
 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS