Menu

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM LANS KOPERAL MUHAMMAD AMIRUL AIMAN MUHAMMAD OTHMAN

Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Hajah Munirah Che Rose serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman.

Allahyarham yang berusia 24 tahun terlibat dengan kemalangan semasa menjalankan penugasan Operasi Pencegahan Samseng Jalanan di sekitar ibu negara awal pagi tadi.
Semoga roh Allahyarham Lans Koperal Muhammad Amirul Aiman Muhammad Othman dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS