Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 29 Jun 2025 (Ahad).
Sebanyak 1,477 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 19 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 156 kes kemalangan dan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.