Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RANGKA PELAN BANTERAS 10 JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Kuala Lumpur, 28 Jun 2025 - Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) ke-25 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Putrajaya menjadi platform dalam merangka pelan bagi membanteras 10 jenayah rentas sempadan yang membelenggu rantau ini.

Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Dalam Negeri, Encik Mohd Azlan Razali berkata, 10 jenayah rentas sempadan berkenaan antaranya jenayah keganasan, jenayah siber, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, pemerdagangan hidupan liar dan balak serta pengubahan wang haram.

Beliau berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan tuan rumah kepada mesyuarat berkenaan memainkan peranan yang amat signifikan dalam merangka pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang bagi memperkukuh usaha memerangi jenayah rentas sempadan di peringkat serantau.

“Platform SOMTC membolehkan kita bergerak secara kolektif dan menyelaras tindakan di peringkat rantau ini dan domestik serta kerjasama dengan negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat dan China turut memainkan peranan penting dalam aspek pemindahan pengetahuan dan teknologi,” katanya semalam.

SOMTC ke-25 menghimpunkan pegawai kanan ASEAN termasuk negara pemerhati Timor Leste dan dihadiri pegawai kanan daripada 10 negara rakan dialog antaranya Amerika Syarikat, China, United Kingdom dan Australia.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar dan pautan terbitan Harian Metro seperti di lampiran

May be an image of text that says 'MESYUARAT SOMTC KE-25 RANGKA PELAN BANTERAS 10 JENAYAH RENTAS SEMPADAN Bernama nayah siber, pemerdaga- kerjasama penyelu- Lumpur dupan esyuarat Pegawai Rentas dengan seper- Amerika Syarikat pengubahan (SOM- menghim- kanan termasuk negara Kingdom Austral- Pengerusi ASÉAN kepada berkenaan dihadiri pegawai daripada] katanya. Beliau berkata. melalui Syarikat, China, 'Platform SOMTC dan sempadan panjang sedang Mengambil kolektif jenayah keganasan, peringkat rantau domestik, serta kerjasama dengan negara dialog seperti Amerika Syarikat dan China turut memainkan peranan penting dalam aspek pengetahuan teknologi' panggilan menje- peringkat pusat dan panduan beroperasi jiran, Mohd Azlan Razali yang Polis Mala- rentas sebagai rujukan bersama. negara menjadi mangsa sindiket.'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS