Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: REMAJA DINODAI KEKASIH IBU

 
Kuala Lumpur, 30 Jun 2025 - Seorang remaja perempuan menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri sebuah kediaman Pandan Indah di sini.

Perbuatan terkutuk itu berlaku di hadapan mangsa yang langsung tidak menghalangnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku pertengahan tahun lalu kira-kira jam 4.00 petang ketika mangsa yang berusia 13 tahun, sedang tidur di bilik tidur ibunya.

“Mangsa terjaga selepas berasa disentuh dan mendapati ibunya, 36, serta teman lelaki wanita itu yang berusia 61 tahun berada di sebelahnya.

“Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa di hadapan ibunya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS