Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GANGGUAN TRAFIK SEMPENA MESYUARAT MENTERI LUAR ASEAN 4 JULAI

Petaling Jaya, 2 Julai 2025 - Orang ramai dinasihat merancang perjalanan lebih awal susulan jangkaan gangguan trafik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan pada 8 hingga 11 Julai ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Wisma Putra berkata, gangguan trafik dijangka bermula pada 4 Julai dalam radius satu kilometer dari KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.

Katanya, langkah tersebut diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan mesyuarat serta menjamin keselamatan semua delegasi luar negara yang akan hadir ke sidang berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai laluan terjejas dan penutupan jalan tertentu akan dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia dalam masa terdekat.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS