Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: SINDIKET PEMERDAGANGAN HIDUPAN LIAR TUMPAS

Shah Alam, 3 Julai 2025 - Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan serentak di Selangor dan Pahang berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan hidupan liar dengan nilai rampasan berjumlah RM398,818, baru-baru ini.

Operasi dijalankan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia daripada elemen Pasukan Gerakan Am Briged Tengah serta Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, enam serbuan dijalankan selama tiga hari bermula pada 25 Jun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, satu tindakan diambil menerusi sekatan jalan raya di Temerloh, Pahang manakala lima serbuan masing-masing satu di Klang dan empat di Hulu Selangor.

“Tindakan ini berjaya merampas ratusan ekor burung antaranya jenis serindit, murai batu dan bayan puling.

“Kita turut menemui dua batang disyaki gading gajah serta daging hidupan liar disyaki babi hutan dan pelanduk,” katanya pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS