Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PINDAAN SEKSYEN 11 AKTA 736 DIBENTANG DI PARLIMEN BULAN INI - MDN

Kuala Lumpur, 3 Julai 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan pindaan terhadap Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dalam sidang Parlimen pada bulan ini.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan kelmarin berkata, kerajaan sentiasa menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan keluhuran Perlembagaan, dengan memastikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman terus dipelihara.

Menurutnya, isu kebebasan berhimpun diberi perhatian serius oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku peneraju utama agenda reformasi Kerajaan Madani, dan beliau mengumumkan keputusan Kabinet untuk melaksanakan moratorium terhadap sebarang pendakwaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai langkah awal ke arah pembaharuan menyeluruh terhadap undang-undang berkaitan hak berhimpun.

Berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan, kelmarin yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, KDN mengambil maklum dengan penuh hormat keputusan itu dan akan meneliti untuk tindakan sewajarnya.

Beliau berkata, ia termasuk mempertimbangkan cadangan pindaan kepada peruntukan undang-undang yang terkesan agar selari dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan keputusan mahkamah tertinggi negara.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS