Serdang, 5 Julai 2025 - Polis menumpaskan sindiket memproses dan menjual rokok dicampur dengan Methamphetamine dalam serbuan di sebuah kediaman di daerah ini, Selasa lalu membabitkan rampasan RM2 juta.
Dalam serbuan kira-kira jam 1.00 tengah hari itu, polis turut menahan sepasang kekasih iaitu seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 33 tahun, kedua-duanya bekerja sebagai penjual batu jade.
Ketua
Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, sindiket dipercayai menghasilkan produk dadah yang disembunyikan dalam rokok, menggunakan tembakau dicampur dengan minyak Methamphetamine.
Beliau berkata, siasatan mendapati pasangan kekasih berkenaan menjadikan kediaman yang disewa RM1,700 sebulan itu sebagai makmal pemprosesan.
“Siasatan mendapati rokok dadah berkenaan dijual RM80 sebatang kepada pengedar dan dipasarkan di sekitar Lembah Klang.
“Ini kali pertama kita berjaya menumpaskan kegiatan memproses dan menjual rokok campuran dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.