Menu

POSTING PILIHAN: MDN SEMPURNAKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KDN SABAH 2024

Kota Kinabalu, 4 Julai 2025 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 bagi Jabatan dan Agensi di bawah @Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort, malam tadi.

Turut sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman dan Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.

Kontinjen PDRM Sabah turut mencatat kejayaan membanggakan apabila Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, SAC Abd Rahman Ishak tersenarai antara penerima, bersama 27 warga PDRM lain terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam.

Dalam ucapannya, MDN menyeru seluruh warga KDN agar terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

Turut hadir, barisan Timbalan KSU KDN, Pengarah serta Ketua Jabatandan Agensi di bawah KDN.

Sumber: Polis Sabah

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS