Menu

TIMBALAN KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI NFCC

Kuala Lumpur, 7 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan National (NFCC) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, petang tadi.

Delegasi yang diketuai oleh Ketua Pengarah NFCC, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil bertujuan membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan usaha bersepadu dalam membanteras jenayah kewangan di negara ini.

Pertemuan yang diadakan mencerminkan komitmen berterusan antara PDRM dan NFCC dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bagi menangani jenayah kewangan yang semakin kompleks dan merentasi sempadan.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS