Sandakan, 8 Julai 2025 - Polis sudah membuat persiapan rapi untuk memastikan keadaan keselamatan terkawal sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun berkata, persiapan keseluruhan sudah dibuat untuk mencegah gangguan dan isu keselamatan berlaku terutama di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).
Menurutnya, polis kini menunggu perbincangan diadakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi mendapatkan jumlah pertambahan pengundi yang ada di negeri itu.
“la penting kerana jumlah pengundi akan mempengaruhi jumlah saluran yang ada. Ini juga akan mempengaruhi jumlah penugasan anggota polis.
“Keadaan keselamatan di Sabah ketika ini dalam keadaan yang terbaik. Kita akan memastikan keselamatan masyarakat terjamin bukan saja dalam kehidupan seharian, tetapi ketika pergi dan balik untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.