Iskandar Puteri, 9 Julai 2025 - Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menendang sebuah kereta dan menunjukkan isyarat lucah di Gelang Patah pada Ahad.
Ketua
Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan Muniandy berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang memaklumkan keretanya ditendang suspek pada kira-kira jam 8.37 malam.
“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan taham selepas kereta dipandu suspek telah melanggar kenderaan mangsa dari arah belakang. Suspek turut menunjukkan isyarat lucah.
“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek pada hari sama di tepi jalan kawasan Gelang Patah," katanya pada Selasa.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.