Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PESAWAT 9M-PHG JAYAKAN BANYAK MISI PENTING

Johor Bahru, 13 Julai 2025 - Helikopter milik Polis Diraja Malaysia jenis AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG yang terhempas dekat Sungai Pulai, Gelang Patah, baru-baru ini akan dikenang berikutan jasa dan sumbangannya kepada pelbagai lapisan masyarakat menerusi ribuan operasi.

Sejak berita mengenai pesawat ini terhempas di Sungai Pulai ketika mengikuti latihan pengesanan nuklear pada Khamis, ramai pihak yang mula mengimbau semula momen dan kenangan mereka, tidak kisah sama ada pengalaman menaikinya atau operasi yang pernah disertai helikopter ini.

Komander Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, DCP Dato’ Noor Sham Md. Jani, mengumpamakan 9M-PHG yang berusia 28 tahun sebagai ‘kecil-kecil lada api' dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 2013 sebagai antara sumbangan terbesar helikopter itu.

Dato’ Noor Sham yang memiliki hampir 7,000 jam rekod menerbangkan helikopter AS355N, berkata beliau menerbangkan helikopter itu bagi membawa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang tercedera ke Hospital Sandakan dan Hospital Lahad Datu, ketika insiden berdarah itu berlaku.

“Daripada hari pertama insiden, tiga jenis pesawat sama (AS355N) termasuk 9M-PHG bersama kru terbabit ditempatkan di Lahad Datu selama hampir tiga minggu, sebelum pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia tiba.

"Kita menggunakannya siang dan malam, tugas utama adalah untuk membuat pemantauan dan pesawat ini juga bawa anggota PGA yang ke Hospital Lahad Datu dan Hospital Sandakan, saya yang membawanya,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people, helicopter and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS