Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: UNIT RISIKAN OPERASI JSPT, MPOB RAMPAS MINYAK MASAK DISELEWENG

Puchong, 14 Julai 2025 - Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman membongkar kegiatan penyelewengan minyak masak yang beroperasi di sebuah kilang di sini, Jumaat lalu, malah turut membuat rampasan berjumlah RM212,200.

Serbuan dijalankan menerusi Op Sawit diketuai Pegawai Turus Risik Operasi JSPT Bukit Aman ASP Mohd Rizam Surani bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) selepas mengekori sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar Klang, Selangor, jam 4 petang, Jumaat lalu, dan diekori sehingga ke sebuah premis di Puchong.

Pengarah JSPT, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, pihaknya kemudian menahan pemandu lori terbabit iaitu lelaki tempatan berusia 36 tahun serta seorang lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai penjaga premis.

“Pemeriksaan ke atas lori terbabit menemukan empat tong berisi kira-kira 4,000 liter minyak sawit selain seunit pam.

“Pemeriksaan lanjut di dalam premis menemukan kira-kira 500 kilogram minyak sawit terpakai selain kira-kira 13,500 liter minyak sawit mentah dalam lima tangki,” katanya pada kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text


 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS