Menu

TIMBALAN KPN PENUHI UNDANGAN SAMBUTAN HARI IMIGRESEN 2025

Putrajaya, 21 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati memenuhi undangan ke Majlis Sambutan Hari Imigresen Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sini, hari ini.

Ketibaan Datuk Seri Saifuddin sekitar jam 3.00 petang telah disambut oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Zakaria Shaaban sebelum beliau menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan yang diketuai oleh Penguasa Imigresen Mohd Hafiz Safwan Anuar selaku Pegawai Pemerintah Baris.

Bertemakan “AI Meneraju Reformasi Imigresen”, sambutan kali ini menekankan hala tuju transformasi perkhidmatan JIM berasaskan digitalisasi dan inovasi teknologi. Tema tersebut turut menjadi inti pati utama amanat Datuk Seri Saifuddin sebelum beliau merasmikan majlis petang tadi.

Acara diteruskan dengan tayangan montaj pencapaian JIM, diikuti persembahan oleh Pasukan Kawalan Khas dan Pasukan Taktikal Khas yang mempamerkan kepakaran serta kesiapsiagaan anggota penguatkuasa.

Selain itu, turut diadakan pelancaran MyVISA 2.0 sebagai inisiatif pendigitalan perkhidmatan utama JIM, disusuli dengan penyampaian Pingat Setia Berjasa dan Pingat Setia Perkasa kepada tiga warga JIM sebagai penghargaan atas dedikasi mereka.

Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, barisan timbalan KSU KDN, ketua-ketua agensi di bawah KDN, pegawai kanan JIM serta rakan media.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 8 people, dais and text that says 'ad AMAT MALA LAYSIA'

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 7 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS