Menu

POSTING PILIHAN: PDRM TERAJUI NSRC PERKUKUH RESPONS JENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN

Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) kini secara rasmi diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu langkah strategik dalam memperkukuh keupayaan negara menangani jenayah penipuan kewangan dalam talian yang semakin merumitkan.

Sebanyak 139 jawatan baharu akan diwujudkan bagi memperkasakan operasi NSRC, hasil kerjasama erat antara Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Langkah ini dijangka meningkatkan keberkesanan sistem respons secara lebih pantas, tangkas dan menyeluruh selari dengan komitmen kerajaan membanteras ancaman penipuan digital yang kian membimbangkan.

May be an image of 1 person and text that says 'MALAYSIA MADANI Kini, NSRC diterajui oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebanyak 139 jawatan baharu melibatkan rakan strategik- Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional National Anti-Financial Crime Centre- NFCC)- akan diwujudkan bagi memperkasakan operasi pusat tersebut. RANCAKKAN MADANI'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS