Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 Julai 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,785 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 17 kematian. Terdapat penurunan sebanyak dua kes kemalangan dan peningkatan tiga kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.