Kuala Lumpur, 28 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ Aedy Fadly Ramli di Bilik KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Ia bertujuan memperkukuh sinergi strategik antara JPJ dan PDRM dalam usaha mempertingkatkan kecekapan operasi serta mengeratkan kerjasama antara kedua-dua agensi penguatkuasaan.