Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 27 Julai 2025 (Ahad).
Sebanyak 1,468 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan lima kematian. Terdapat penurunan sebanyak 257 kes kemalangan dan 18 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.