Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KEDAH KUKUHKAN KAWALAN SEMPADAN

Alor Setar, 29 Julai 2025 - Ekoran kontlik antara Thailand dan Kemboja, Polis Kedah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkukuhkan kawalan di pintu sempadan negara.

Ketua Polis Kedah, CP Adzli Abu Shah berkata, pihaknya mengambil serius situasi yang berlaku di sempadan negara jiran kerana Kedah sendiri merupakan antara negeri utama yang bersempadan dengan Thailand.

“Walaupun kontlik itu berlaku di sempadan Thailand-Kemboja yang agak jauh dari Kedah, kita tidak boleh alpa, tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

“Dengan bantuan agensi seperti Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang semakin agresit, kita akan terus memperketat kawalan sempadan,” katanya pada sidang akhbar pada Isnin.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS