Kuala Lumpur, 29 Julai 2025 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di Lembali Klang dan membongkar stor simpanan Syabu bernilai lebih RM4.66 juta dalam serbuan di bandar raya ini dan Selangor, minggu lalu.
Pemangku Ketua
Polis Kuala Lumpur, DCP Dato' Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata dalam
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 24 Julai lalu, pihaknya menahan tiga individu, termasuk lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket terbabit menggunakan rumah teres berpagar di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor sebagai lokasi penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.
“Serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 5.40 petang di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Kuchai Lama yang membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.
“Pemeriksaan dalam but belakang kereta suspek, polis menemui 10 bungkusan plastik berisi Syabu seberat 10.34 kilogram,” katanya pada sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.