Alor Setar, 28 Julai 2025 - Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Ibrahim Darus hadir menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis (KP) Kedah di antara CP Adzli Abu Shah dengan penyandang baharu, DCP Baderulhisham Baharudin di Dewan Tunku Ibrahim, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
CP Adzli sebelum ini merupakan Timbalan KP Kedah telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia untuk menerajui kontinjen Kedah dalam arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.
Majlis pagi tadi dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) dan Deputi Komisioner Polis (DCP) kepada KP Kedah dan timbalannya yang disempurnakan oleh Datuk Ibrahim di hadapan para tetamu yang hadir.
Hadir sama, barisan Ketua Jabatan dan formasi Kontinjen Kedah, Ketua-ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP serta warga kerja IPK Kedah.