Kuala Lumpur, 30 Julai 2025 - Kerajaan memandang serius peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang melonjak 43.20 peratus, iaitu daripada 2,541 kes pada 2020 kepada 3,892 kes pada 2024.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 2 2025 yang dipengerusikannya semalam, turut bimbang dengan jumlah mangsa yang meningkat 55.7 peratus dalam tempoh sama, daripada 2,561 orang kepada 3,988 orang.
Beliau berkata, perkembangan teknologi dan revolusi industri juga memperlihatkan modus operandi jenayah semakin canggih, termasuk membabitkan penggunaan teknologi "deepfake" dan pencurian identiti digital.
Sehubungan itu, katanya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersepadu yang membabitkan
Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menangani isu ini secara menyeluruh, tegas dan berkesan.
"Ini termasuklah penganjuran Seminar Perlindungan Kanak-Kanak: Menangani Ancaman Siber dan Jenayah Seksual pada bulan November nanti,” katanya melalui kenyataan media susulan mesyuarat Majlis Sosial Negara itu, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.