Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OBK: PGA SABAH RAMPAS ROKOK SELUDUP, AYAM SABUNG BERNILAI LEBIH RM12 JUTA

Kota Kinabalu, 31 Julai 2025 - Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan ayam sabung menerusi beberapa siri serbuan dalam Operasi Kontraban dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di empat daerah termasuk Tuaran, Beluran, Sandakan dan Tawau.

Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Abdul Rani Alias, berkata sepanjang operasi bermula 25 hingga 29 Julai lalu, sebanyak sembilan serbuan dilakukan oleh pasukan petugas khas.

Ia terdiri daripada Task Force Perisikan Briged Sabah PGA, Batalion 14 PGA Tawau, Batalion 15 PGA Sandakan dan Batalion 20 PGA Beluran dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Sandakan-Rasmi.

Beliau berkata serbuan pertama pada 25 Julai berjaya menahan seorang lelaki tempatan bersama rampasan 3.1 juta batang rokok putih pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Borneo seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS