Menu

TIMBALAN KPN ADAKAN LAWATAN KERJA KE BALAI POLIS KUALA KRAU YANG BAHARU

Temerloh, 1 Ogos 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kuala Krau yang baharu di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Balai polis moden itu siap dibina sepenuhnya pada 9 Januari 2025 oleh Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd., sebelum diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan seterusnya kepada Polis Diraja Malaysia pada 19 Jun 2025.

Terdahulu ketibaan Tan Sri Ayob Khan disambut mesra oleh Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman bersama barisan kepimpinan tertinggi kontinjen.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Ayob Khan turut mendengar taklimat operasi daripada Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan yang menyentuh aspek pengurusan harian dan penugasan anggota di balai itu.

Beliau turut meluangkan masa meninjau fasiliti dan persekitaran kerja di balai berkenaan serta mendengar sendiri maklum balas berkaitan keperluan semasa dan kebajikan warga kerja.

Seusai lawatan, Tan Sri Ayob Khan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Ketam dan mengambil peluang untuk beramah mesra bersama para jemaah.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan KP negeri, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Hj. Zakaria Ismail dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Pahang, ACP Mohd Fakhrulrazei Che Sulaiman.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people, ambulance and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS