Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kuala Krau yang baharu di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah
Temerloh, Pahang.
Selain meninjau fasiliti yang disediakan, beliau turut mendapatkan maklum balas berkenaan keperluan semasa dan hal kebajikan warga kerja balai.
Tan
Sri Ayob Khan turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Hj. Ahmad Shah di Kampung Ketam dan beramah mesra bersama para jemaah yang hadir.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official