Kuala Lumpur, 4 Ogos 2025 - Polis menumpaskan dua sindiket dadah jenis Syabu, Ketamin dan Bunga Ganja dalam serbuan berasingan di dua unit kediaman sekitar ibu negara, 29 Julai lalu.
Dalam kedua-dua serbuan ini, pihak
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas dadah bernilai RM19.26 juta yang sedia diedar ke pasaran tempatan dan negara jiran.
Pengarah JSJN, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun di sebuah rumah teres di Taman Sri Hartamas pada jam 2.10 petang.
"Polis merampas 225 bungkusan plastik mengandungi dadah Syabu seberat 234 kilogram (kg) dan 200 bungkusan plastik dadah Ketamin anggaran berat 205.7kg dianggar bernilai RM17.78 juta.
"Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan dibayar RM7,000 sebulan oleh sindiket pengedaran dadah. Dia menerima arahan untuk menghantar dadah sekiranya ada permintaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,