Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAHAN 1,005 INDIVIDU MENERUSI OPERASI ATIPSOM BABIT RAMPASAN RM1 BILION

Kuala Lumpur, 6 Ogos 2025 - Seramai 1,005 individu ditahan polis menerusi 228 operasi Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) sejak Januari lalu.

Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Hakemal Hawari berkata, ia membabitkan rampasan mencecah RM1 bilion.

“Sebanyak 228 serbuan dijalankan di kawasan tanggungjawab Briged Tengah meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Di Selangor sahaja, sebanyak 10 serbuan dilaksanakan dan seramai 15 tekong darat ditahan dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, tekong terbabit terdiri daripada lapan warga tempatan dan tujuh Indonesia serta 224 pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan di pantai sekitar Selangor.
SAC Hakemal berkata, pihaknya turut merampas 10.35 kilogram (kg) dadah jenis Syabu, 3.60 kg Pil Ekstasi dan beberapa kenderaan membabitkan nilai rampasan 1.5 juta di Selangor, baru-baru ini.

Katanya, kejayaan itu membuktikan komitmen Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam membanteras jenayah menerusi PGA khususnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS