Kajang, 6 Ogos 2025 - Kerajaan sedang meneliti keperluan menambah baik atau menggubal undang-undang baharu bagi membanteras penjualan dadah melalui platform media sosial dan e-dagang yang semakin berleluasa.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail berkata, fenomena itu kini menjadi antara fokus utama Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Gejala Dadah yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi.
Menurutnya, kaedah penjualan dadah kini berubah berbanding dulu apabila sindiket menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp yang sukar dikesan pihak berkuasa, selain platform e-dagang rasmi.
“Dahulu penjualan dadah tidak berlaku secara dalam talian. Sekarang ia ditempah melalui pembelian dalam talian dan dihantar menggunakan khidmat penghantaran.
‘Fenomena ini memerlukan kita melihat semula undang-undang sedia ada, malah mungkin perlu ada akta baharu untuk mengawal penjualan dadah secara digital,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Kosmo seperti di lampiran.