Melaka, 6 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berbesar hati menyampaikan amanat kepada warga kerja Kontinjen Melaka di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Melaka, di sini, petang tadi.
Antara amanat yang dititipkan beliau ialah menyeru agar semua warga kontinjen dapat terus meningkatkan nilai integriti dengan tidak sesekali berkompromi dalam hal salah laku tugas.
Beliau turut menekankan kepentingan warga IPK Melaka untuk bersedia menghadapi cabaran masa depan dengan memperkasa penggunaan teknologi terkini, khususnya kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan harian.
Tambahnya, penerapan AI bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam penyampaian perkhidmatan, malah selari dengan agenda transformasi digital Pasukan serta aspirasi kerajaan dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis negeri, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar di IPK Melaka.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, barisan ketua jabatan IPK Melaka, ketua polis daerah dan ketua polis balai Kontinjen Melaka.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.