Menu

ARTIKEL PILIHAN: POLIS SERBU 22 PUSAT HIBURAN DIKENDALI WARGA ASING DI SELANGOR, KL, 288 INDIVIDU DITAHAN

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Sebanyak 22 pusat hiburan beroperasi di sekitar Selangor dan ibu kota yang dipercayai dikendalikan oleh warga asing, diserbu dalam Op Mega Pusat Hiburan, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata susulan operasi bermula jam 10.30 malam itu, pihaknya menahan 288 warga asing untuk siasatan lanjut.

Katanya, premis pusat hiburan berkenaan termasuk 16 di Selangor, disyaki beroperasi tanpa lesen sah dan menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan atau permit kerja.

"288 individu ditahan itu terdiri daripada empat penjaga premis, 21 penjaga kaunter, 26 pekerja, dan 170 pelanggan warga asing pelbagai negara serta seorang tukang 'jaga air' (berperanan seperti tonto).

"Selain itu, kita turut menahan 66 wanita warga Myanmar berperanan sebagai pelayan pelanggan. Semua tangkapan berusia antara 18 hingga 51 tahun, terdiri daripada warga Myanmar, Nepal dan Bangladesh," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../polis-serbu-22-pusat...

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS