Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur (KL) antara Pemangku KP KL, DCP Dato’ Mohamed Usuf Jan Mohamad dengan penyandang baharu, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus di Sri Satria, Ibu Pejabat Polis Kontinjen KL, pagi tadi.
Majlis dimulakan dengan pemakaian lencana pangkat
Komisioner Polis kepada Dato’ Fadil oleh Dato' Rusdi sebelum acara menandatangani dokumen serah terima tugas.
Dato’ Fadil telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM untuk menerajui Kontinjen KL selaras dengan arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis, baru-baru ini.
Turut berlangsung majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen KL antara Datin Ain Robieah Shamshudin dengan pengerusi baharu, Datin Nurashidah Ishak yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Zuraini Abdul Razak.
Hadir sama, barisan ketua jabatan, ketua Polis Daerah, ahli-ahli PERKEP Kontinjen KL.