Tumpat, 12 Ogos 2025 - Polis Kelantan sudah menerima surat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk merobohkan 128 jeti haram yang dikesan sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Rantau Panjang.
“Kerja merobohkan ini akan dimulakan dalam masa terdekat secara berperingkat dan kita harap dengan tindakan ini dapat menurunkan lagi jenayah rentas sempadan,” katanya di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am Pengkalan Kubor, di sini, semalam.