Menu

[POSTING PILIHAN] KES ZARA QAIRINA: FOKUS SIASATAN KINI TUMPU ELEMEN JENAYAH TERMASUK BULI

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2025 - Siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar, Sabah yang sebelum ini diklasifikasi sebagai kematian mengejut kini akan menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalahan buli.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, hal itu merupakan antara dua dapatan pasukan khas jabatan berkenaan membabitkan sembilan pegawai dan anggota yang dihantar ke Sabah pada 11 Ogos lepas untuk menyiasat kes tersebut.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir, 13, selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Menurut AGC, inkues itu selaras dengan Subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) dengan tujuan utama untuk menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina.

Datuk M. Kumar berkata, laporan bedah siasat telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan otak teruk berikutan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak yang berpunca daripada mangsa jatuh, sama seperti diagnosis awal bagi kematiannya sebelum ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,

Sumber: Bernama

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS