Menu

KPN HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN ANJURAN BERSAMA JPN

​Putrajaya, 20 Ogos 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Ogos di Dewan Gemilang, Setia Perkasa 1, Kompleks Setia Perkasa, di sini, pagi tadi.

​Perhimpunan anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

​Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama para tetamu menyaksikan montaj Pelancaran Portal Terbaharu KDN yang dibangunkan dengan ciri lebih mesra rakyat, interaktif dan mudah diakses selaras dengan agenda transformasi digital kementerian.

​Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Pasukan Penembak Tepat Unit Tindakhas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul dua anugerah berprestij dalam Sharp Blade 2025 International Sniper Competition di Urumqi, Xinjiang, China pada Julai lalu.

​Turut berlangsung tadi ialah penyerahan My12 kepada 10 orang kanak-kanak kelahiran tahun 2013 oleh JPN selaku penganjur.

​Turut hadir ialah Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Pengarah PDRM, serta ketua pengarah jabatan dan agensi di bawah KDN.

​Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 12 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 7 people and text that says 'KETTADE KHALID'

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 13 people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS