Menu

PDRM TERIMA EMPAT BUAH KENDERAAN APC PERKASA OPERASI PGA

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima empat buah kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) yang akan digunakan oleh Skuadron Perisai, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) bagi mengukuhkan keberkesanan operasi yang dilaksanakan.

Penyerahan kenderaan APC berkenaan telah diadakan di perkarangan Lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Global Komited Sdn. Bhd., Datuk Ir. Mohd Nasser Israil kepada Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

APC jenama International Armoured Group (IAG), Model IAG Guardian Cen Level B6 ini dilengkapi perlindungan perisai dan sokongan tembakan akan diagihkan kepada tiga Briged PGA iaitu dua unit kepada Briged Tengah manakala baki dua unit masing-masing diserahkan kepada Briged Utara dan Briged Tenggara.

Perolehan bernilai RM10.72 juta ini dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Rolling Plan 1 dengan tempoh kontrak selama 24 bulan bermula 30 Mac 2024 sehingga 29 Mac 2026.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah, warga kerja Jabatan KDNKA serta wakil media.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 11 people, ambulance and text

May be an image of 8 people and jeep

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of ‎6 people and ‎text that says '‎ЖaHиe समम الاب AYOD AYOD 運] VP 56 FX ኢት‎'‎‎
May be an image of 11 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS