Kuala Lumpur, 27 Ogos 2025 - Lebih RM1.22 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.
Menurutnya, antara jenayah yang dikesan melibatkan penipuan kewangan, penipuan dalam talian, manipulasi identiti serta pencerobohan data secara haram.
Menurutnya, CyberSecurity Malaysia melaporkan lebih 5,900 insiden pada 2023 termasuk 3,705 kes penipuan.
“Terdapat peningkatan yang mengejutkan sebanyak 1,100 peratus dalam laporan kebocoran data berbanding tahun sebelumnya.
“Angka ini menonjolkan kesan sebenar, gangguan ekonomi dan kehilangan kepercayaan terhadap ekosistem digital,” katanya dalam Siri Dialog Khas III Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianjurkan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, PDRM akan melaksanakan kecerdasan buatan (AI) dalam pentadbiran dan pengurusan serta penugasan bagi meningkatkan keupayaan menangani jenayah siber.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan
Kosmo seperti di lampiran.