Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Pengarah
Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid.
Datuk Seri Saifuddin Nasution memulakan lawatan kerja dengan meninjau kompeni pelatih, di mana beliau berkesempatan melihat rutin harian serta latihan para pelatih. Seterusnya, beliau menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama mereka di Masjid Sallehin, PULAPOL KL.
Dalam kesempatan itu, beliau turut menyampaikan amanat kepada 353 Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1/2025 dengan menekankan kepimpinan pasukan yang telus dan prihatin bagi melahirkan warga berintegriti dan amanah demi memastikan keamanan negara serta ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap tertinggi.
“Saya mendoakan anda semua terus cemerlang dan maju jaya. Anda akan menjadi kebanggaan Pasukan, keluarga serta masyarakat, sekali gus menjadi pegawai polis yang memberi kebaikan kepada masyarakat,” ujarnya.
Hadir sama, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SAC Hj. Zakaria Ismail dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris.